BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 28, 2009

MENENTUKAN KERJAYA MENGIKUT MINAT ANDA

Mungkin tiada sesiapa pun pernah terfikir mahu menjadi seorang aktuari, penganalisis sistem, ahli psikologi, atau pakar nuklear kerana jawatan sebegini tidak begitu didedahkan kepada kanak-kanak. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi. Antaranya termasuklah kerja sebegini tidak begitu melibatkan orang ramai, kurang permintaan terhadapnya dan diceburi oleh golongan atau kaum tertentu sahaja. Secara umumnya, kerjaya seseorang itu lebih banyak dipengaruhi oleh kecenderungan dan pencapaian akademiknya berbanding dengan faktor lain. Anda boleh memasuki pasaran kerja melalui beberapa peringkat latihan akademik yang ada di negara kita. Antaranya ialah:

1. Diploma/Ijazah Daripada Institusi Pengajian Tinggi.
Mereka yang mempunyai ijazah atau diploma daripada institusi pengajian tingi selalunya menjawat jawatan tinggi dan profesional seperti doktor, akauntan, jurutera dan arkitek. Untuk menjawat jawatan seperti ii, kita perlu mengikuti latihan dan pengajian khas yang boleh diperolehi daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

2. Program Politeknik, dan Vokasional.
Negara kita ada menyediakan pelbagai program latihan kemahiran vokasional pada peringkat sijil dan diploma seperti teknikal dalam bidang elektronik dan mekatronik. latihan kemahiran seperti in boleh diperolehi daripada institusi vokasional/teknikal tajaan kerajaan atau pusat-pusat latihan badan berkanun dan sektor swasta.

3. Program Sektor Awam
Anda juga boleh mendapatkan latihan kemahiran jangka pendek dan jangka panjang yang disediakan oleh sektor awam. Antaranya ialah program-program kemahiran belia anjuran Institut kemahiran MARA dan Institut Latihan belia negara (, program-program keusahawanan dan perdagangan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan latihan kejururawatan dan pembantu perubatan anjuran Kementerian Kesihatan.

4. Latihan Teknikal dan Profesional Sektor Swasta
Latihan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan profesional daripada pelbagai institusi pengajian swasta. Ini termasuklah kelayakan profesional daripada institusi pengajian tinggi dan badan profesional luar negara yang bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta dan badan profesional tempatan.

5.Latihan Angkatan Tentera atau Polis
Latihan angkatan tentera dan polis hanya dikendalikan oleh pihak kerajaan. Latihan polis dikendalikan oleh Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia, sementara latihan ketenteraan pula dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan.

6. Belajar sendiri atau Melalui Sistem Jarak Jauh/Gaya Pos
Kini, terdapat banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan pelbagai kursus jarak jauh/gaya pos . Cara belajar yang sebegini sesuai untuk golongan yang bekerja atau yang tinggal jauh daripada institusi pengajian yang menawarkan kursus pilihan.

ANALISIS KERJAYA DIRI
Semasa membuat pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri, anda perlulah terlebih dahulu mengenali diri sendiri. Jika anda tidak mengenali diri sendiri, anda mungkin akan melakukan kesilapan semasa membuat pemilihan kerjaya. Jika ini berlaku, anda tidak akan dapat mencapai kepuasan dalam apa yang anda lakukan. Salah satu cara untuk mengenali diri sendiri ialah dengan membuat penilaian diri. Anda boleh membuat senarai semak dan menandakan mengikut kategori minat/tidak berminat.

0 comments: